Wednesday, December 29, 2010

AAU..! AAU..! ~AGHEH

SEMALAM, lebih kurang pukul 3 begitu.. ma dikejutkan oleh gangguan yang hampir benar dekat dengan dinding bilik tidur ma.

Ma cuba buka tingkap nako, dan menjenguk keluar.

Terkejut bila tengok2 rupa2nya Agheh yang tak cukup seringgit tu, datang lagi kerumah ma. 

 

DSC01159

Ditangga dapur inilah tempat kebiasaan dia singgah menumpang tidor kebetulan lalu untuk balik ke rumahnya. 

 

Tapi kali ni bukan lagi dipintu dapur…  Kalau dipintu dapur boleh tahanlah  jugak telinga ni. Kalau tak terlalu kuat dia melalak melolong ‘menyumbangkan’ lagu kadang2 boleh jugak buat2 tak dengar aje kerana sayangkan mata yang sedang mengantuk.  Ini… betul2 dia di tepi dinding bilik tidur ma.  Bukan main sedap lagi dia duduk di tangga depan pintu masuk rumah ma.

Bila ma jengok, dia seolah2 sedang menepis2 tangannya kiri kanan macam kena pukulan orang.  Itu yang dia ter ‘aau aau’ tuu.

“Gheeeeeh…” Kena cakap elok2 dengan dia ni…! Kalau tak dia tak ikut kata. Kalau sebut nak panggil polis lagi la dia buat keras kepala.

“Gii balik gii…..! Gii aah…”

Dia pandang  ma, tapi buat dak aje.

Ma baru perasan rupanya hujan lebat sebenarnya…. Nak suruh dia pergi pun, takkan dalam hujan2 gini…. 

Malas nak cakap banyak, ma pun tutup nako.  Gasaklah Agheh...

Lebih kurang 10 minit, ma buka tingkap nako semula, tengok2 dia dah tak ada… Aaaah, alhamdulillah cepat pulak perginya?!

Dalam hati, camana dia redah hujan agaknya ye?

Si Zikri cucu sulong ma, bimbangkan  si Agheh sapu selipar kesayangannya.  Tengah2 tidor dia boleh bersuara… ‘Minta2 janganlah Agheh tukar selipar abang dengan selipar buruk dia, nek…’ 

Kalau nasib tak baik, begitulah… dah beberapa kali terkena.  Ditinggalkan selipar dia yang dah separuh maut tu, disapunya selipar kita yang elok2.

PAGI2 bila cuaca dah cerah, ma nampak kelibat dia lalu lagi menghala kebelakang rumah ma.  Siap dengan pakai baju hujan lagi… Oooo patutlah dia boleh redah dalam hujan2 semalam…   

3 comments:

rasp said...

sib baik ada baju hujan,
kalo dak mau basah kuyup kan, kesian...

sw33tdarling said...

kasut zikri harta pusaka semua ada kat umah ni.. sayang kasut, lan beli mahal2 taknak pakai
Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

GREENJADE said...

hehehe pandai Angeh meng'upgrade'kan diri dgn baju ujan tuh maa...bijak bijak..hehehe