Monday, March 28, 2011

YANG MUDA VS YANG TUA

Sudah menjadi trend sekarang ni, ramai artis perempuan
yang pakat2 memilih anak muda menjadi kekasih @ suaminya…

Apa istimewanya… hanya mereka saja yang tau.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Cinta tak kesampaian…


Emma Akma dan Raffi…
Boleh kata macam kakak dah adiklah…
Bila berpisah, Raffi boleh kata Emma dianggap seperti ibunya
Baru ‘tukar’ kerakyatan kot….
Selama sedang bercinta tak perasaan ke….?

 

maria farida shah jazle

Cinta terancam

Maria Farida dan Shah Jaszle…
Katanya Maria kuat sangat cemburu
Selama tak ada ‘pengacau’ nak  cemburu buat ape..?
Buat abis karen ajeee
Letih2 sangat… putus ajee senang cerita..!

 

neelofa

 

Ooo inikah orangnya?
Neefola pelik namanya
Memang cun melecunlah
Jangan kata Shah boleh tergoda
Adik abang abah atok pun bergoyang jugak iman dibuatnya.

Adoooo.. susahnya nak jaga kekasih yang ‘terlebih’ muda ni…!
Banyak persaingan sungguh!



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Putus ditengah jalan…
 


Yang ni kita layan pic dia dulu…
Sebab ma terlebih minat pada si Aida Rahim  Razwill Khalida ni
~ Malas i… macam2 nama i dah tukar, tak kekal pulak!
Lagi sedap nama i sendiri! Khalida…, kan?
~

Orangnya lemah lembut
Awet muda lagi….
~Teringin jugak ma nak jumpa dengannya, nak belajar cara ‘mengawet’~

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Mulanya memang nampak romantis
Lepas tu gossip2 mula timbul..
Tah apa silapnya yeer!?
~ Silapnya seperti diatas kot:- ~
Susah……

Akhirnya….

 

Nampak si Joe Razwill bahagia….
Sampai ‘montok’ dibuatnya
Apa pun dah Aida kata ketenangannya tergugat
Tak bolehlah kita nak menidakkan
Yang merasanya dia
Kalau dah ketenangan tergugat
Aida redha… berpisah aje jalan terbaik!

 

Masih steady lagi…

Rosnah Md Aris…
pun jodohnya dengan lelaki muda
Okey kot, tak ada gosip2an
Tahniahlah…!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Bawa bertenang, Didie….

Yang ni si Didie Alias dan suaminya..
Muda trang tang tang juga..
Aaaaahh… apa dikesah pada usia
Asalkan dewasa pada akalnya….
 

didie alias

~ Maaf yerr… sekadar teguran sesama Islam ~

Perubahan ketara akhir2 ini
Kejutan budaya kot  ~ 
Tah kemahuan siapa
Apa yang dicari sebenarnya
Kalau mengikut kemahuan suami
Kemanakah tujuan nak dibawanya kita…
Dah tentu kita minta dibawa ke syurga…!

Tapi… kalaulah kemahuan sendiri
Demi menyesuaikan usia
Alangkah malangnya…

Kesian suami… apakah nak di’jawab’nya diakhirat nanti..?! 

***Semua imej dipinjam dari Google… Tk…

Friday, March 25, 2011

YANG BEZA CUMA RAMBUT AJE…

25hb menjadi tarikh yang dinanti2kan oleh Ezaq…
Harap2 anak ke3nya yang lahir semalam tu boleh ditangguh beberapa jam lagi
untuk menyamai birthdaynya
Tapi sebaliknya anak Hakim ~abangnya~ pula yang lahir pada
tarikh tu….

Kita merancang, Tuhan menentukan…. Kaaaan?!

 

DSC01991 

CUCU ke10, Nur Kamila Afkar 
Lahir pada 25hb Mac 2011 jam 3.08 pagi di HSNZ
Seberat 3.15kg

 

 DSC01993

Nur Kamila Afkar Binti Azil Hakim
dan Eizkhadeeja Afkar Binti Azil Hizaq
~Nama belum didaftar~

 

DSC01989


Berbanding dengan Eizkhadeeja Afkar  seberat 3.0kg,
yang lahir pada 24hb Mac jam 9.37 malam…….

 

   DSC01991

……. cuma rambut aje yang membezakannya...
Rambut Nur Kamila lebih lebat dan hitam sikit .

 

 DSC05199
Celik mata yang pertama…..
agak2 berapa ‘hantaran’ untuk matanya yang sipit tu yer?
Hihihi


MAKA DENGAN INI DIUMUMKAN…
Nur Kamila Afkar telah berkongsi tarikh lahir dengan bapa saudaranya
Azil Hizaq.
Bertambahlah sepasang lagi dalam keluarga ma yang berkongsi tarikh lahir
seperti mana yang telah ma ceritakan dalam entry ma yang lalu… Klik disini.

TAK BOLEH NAK TANGGOH 25hb…

TENGAHARI tadi, Ezaq ~yang duk di Paka~ mengejut2 kol
kata dah berada di Klinik Keluarga, K.Trg.
Kami sama2 tergelak kerana teringatkan hari ni 24hb…
alahai, alangkah baiknya kalau Lina dapat tahan sampai kul 12.01 malam nanti
Dah tentu abah dan anak akan sambut hari lahir pada tarikh yang sama…

Ezaq lahir pada 25hb Mac 1980.

DSC01983
Ezaq kata tunggu… Lina kata dah tak tahan dah niiii….

Akhirnya jam 9.37 malam, Lina selamat melahirkan baby girl
2jam setengah sebelum 25hb….

Apa nak buaaaat, dah itu kehendak Tuhan???!!! Selisih sehari....

DSC01984

Comel tak cucu ma yang ke9 ni?

DSC01964

Tengok budak2 sekarang… baru sejam dilahirkan
dah nampak macam berbulan usianya..

DSC01980
Kaki sebesar 2 jari, realiti…

Sengaja ma mengambil gambar kakinya….
Itulah tapak tangan ibu yang melahirkannya…

Agak gempak… berita terkini
Sampai aje kami dirumah
Si Ani menantu sulung yang jangka bersalin pada 26hb
Keluar tanda…
Hahaha…Nampaknya 25hb Mac menjadi miliknya
berkongsi tarikh lahir yang sama dengan bapa saudaranya...

Dan... Sudah pasti tak beberapa jam lagi ma menerima cucu ke 10!

Amboi mak… makin letihlah nenek membilang cucu! Hihihi…

Wednesday, March 23, 2011

SELAMAT PANJANG UMUR, Z

 

DSC01960

Walaupun terlambat… tapi dapat jugak kan?!
~kerana pada 15 mac itu Zikri berada di KL bersama mama dan adik2nya
dan mamanya pun dah menyambutnya disana.~


Jadi, cuma ni ajelah dari nenek untuk memperingati birthday abang yeerk..
Selamat Panjang Umur, abang…
~dan membacakan doa selamat untuknya~

Tuesday, March 22, 2011

BERSAMA MAK DARA

SEMALAM dapat undangan ke program
INSPIRASIKU…MERIALISASIKAN SEJUTA IMPIAN
tajaan YPK, Kuala Terengganu.

 

TERUJA…,  rupanya jemputan khas ialah IBU HALIMAH,
Pengasas Jamu Mak Dara.

 

DSC01946

IBU HALIMAH… tinggi lampai dan langsing.

Berusia 67 tahun, berbadan langsing ~berbaju merah menyala lagi~
Menjadi ikon Datuk Siti Nurhaliza, rupanya….

 

DSC01935

Kelihatan sangat santai ketika berucap

 

Dengan 6 orang anak….
dan pernah ditinggalkan  suami semasa anak2 masih kecil.
Tidak pernah memilih jenis pekerjaan demi sesuap nasi
sehingga akhirnya terdorong ~dengan pertolongan Allah jua sebenarnya~
menjadi seorang usahawan berjaya…

 

DSC01931

Syed Ghadaffi

 

Dengan sokongan kuat dari anak lelakinya, Syed Ghadaffi…
menempa kejayaan dengan resepi asal Ibu Halimah, bermodalkan hanya RM500.

 


DSC01947


Aku kah itu?  Aduuuuuh…
takkan sekerat telinga Ibu Halimah aje…?!
Rasanya tak mau lagilah bergambar dengan orang tinggi lampai ni…
Nampak sangat kecacatan diri!

 

DSC01936


Tengok tu, Mak Dara!   
Kalah anak dara!!


Oooo… tak heran!
Bertumit tinggi 4 inci rupanya…
Dengan usia 67 tahun… belum lagi mau mengalah pada gadis usia 20an.
Boleh percayalah niii!
Jom mari kita makan jamu MAK DARA ramai2…

 

DSC01938

DSC01937

Demonstrasi


Menurunkan pelbagai petua dari mula bangun tidor…..     
Bersalawat keatas nabi… 3x dan raupkan ke muka.
JANGAN MENGGELIAT!
Sehinggalah kepada
Petua mengempiskan perut
Dan amalan untuk menaikkan peranakan yang jatuh.

 

DSC01940

Kenapa Ghadaffi menutup telinga?

Aksi Ghadaffi ketika sessi Ibu Halimah
menceritakan perihal k….t…g..n payudaranya

 

DSC01941

Sangat terhibur dan nampak ikhlas.

 

Dewan gegak gempita dengan cerita Ibu Halimah…
Walaupun rasa agak keterlaluan
Tapi kerana Ibu Halimah nampak humble dan ikhlas…
Ma boleh mempercayainya apabila dia menyatakan
Sampai ada hamba Allah tu minta untuk melihat payudaranya!

~Huhu..kami  SEMUA dah tengok tau…
Tapi dari luar aje …!~

Sunday, March 20, 2011

KAMI BUKAN KEDEKUT

LAYAN jap gambar2 ni yeeerk…!

 

DSC01896

 

v

v

v

v

v

v

v

 

DSC01898

v

v

v

v

v

v

v

 

DSC01899 

v

v

v

v

v

v

v

 

DSC01901

Mira..

Pada suatu hari Sabtu….

Hari tanpa plastik!

Kami menyambut baik kempen …
'Tak payah plastik langsunglah!’

Tuesday, March 15, 2011

FAREWELL BUAT SITI

SETELAH 10 TAHUN berkhidmat…Dah macam keluarga sendiri rasanya.

Sampai masa berpisah, terpaksa berpisah jugak akhirnya…

Sejak berusia 17 tahun... kini 27, Siti dipanggil pulang oleh keluarga kerana tuntutan jodoh.



Di Singapura….Anak saudara ma ~Rohaida dan pembantunya Siti


~Keluarga bahagia~
Majikan yang baik dan prihatin….
Haida dan Sukari bersama anak tunggal mereka, Uzer Daniel.

Uzer…. Nampak sedih sangat….
Apa tidaknya, dah bertahun2 dilayan macam anak sendiri.


Berkawan rapat dengan Su ~berbaju hitam~ sama2 pembantu...
Mungkinkah yang dikanan ini Piah, menggantikan Siti…?!


Keluarga yang sentiasa menyokong dan tak pernah membezakan kehadhiran Siti…


Majlis perpisahan khas untuk Siti…
‘Tapi nampaknya, majikan kamu yang ‘terlebih enjoy’, Siti….’
Hihihi… ‘amal’kanlah selaluuu!


Khidmat terakhir pembantu yang setia…..
Tak heran…! Siti memang sangat2 rajin dan ikhlas orangnya.



Kalau dia datang di Terengganu ni pun, dia tak pernah kekok atau duduk diam.

Siti….
Semoga kamu menemui jodoh yang terbaik,
sebaik kamu…

Sunday, March 13, 2011

1 DALAM 1000

 

DSC018751111

EH, PELIK! TAPI BENAR!
Perasan tak?
Jom kita  kejar  pergi dekat sikit…!

DSC018762222

Mungkin ini adalah salah satu cara…..  antara 1  dalam 1000!
Lain dari yang lainlah!

Okeylah tuuu..!

Yang PASTI boot keretanya SELAMAT!!

Friday, March 11, 2011

SUDAH SURATAN

DSC01889Macam apple…..

KETIKA menghantar Zikri ke stesen bas nak keKL sempena  cuti persekolahan malam semalam, si Bungsu tersilap langkah…. kakinya terperosok kedalam lobang di tepi jalan.  
Dia terduduk, dan serta merta kakinya membengkak. 
Sakit bebenor  nampaknya….

Sedang ma kebingungan, ramai juga yang baik hati membantu memapahnya ke pondok meletak kereta.

Mereka menasihatkan Yana dibawa ke hospital, kerana ada luka yang berdarah sekaligus boleh x-ray kalau2 ada kecederaan dalaman.

Tak banyak kira, ma terus ke unit kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah.
 

DSC01888Dibilik x-ray
Alhamdulillah… tak ada kecederaan dalaman semasa x-ray.

Nurul kawan baik Yana yang suka sangat menyakat, terus aje  meletakkan wheelchair Yana bersebelahan dengan Mat Salleh ni…
Kami  sama2 tergelak… 
Dengan muka peramah dan selamba ‘kawanbaru’ yang duk ditengah tu  spontan snap pic mereka berdua.

Tak mau ketinggalan agaknya, dia pulak suruh Nurul snap pic mereka bertiga.
~Dari Cabas, Italy katanya… Gianluca Luca Damiani. Begitulah namanya didalam fb, sebagaimana yang ditaip pada hp ma. Menemani sahabatnya yang mengalami kecederaan ketika bermain volleyball.~

~ Takpe…  ma nak serahkan pada  sepupu ma  si Haj B--  yang berhijrah di Canada tu, add padanya.  Jangan lupa kirim salam pada mereka berdua tu tauuuu!  Hihihi…

Ma tak sesuai berkawan dengan mereka berdua tu sebab ma guna bahasa itik, mereka guna bahasa ayam… Hahaha… ~

15935_1265909081724_1049691826_1983168_5292891_nPasangan  bahagia…. di Canada.

Tapi awal2 lagi si Gianluca tu dah minta maaf kerana profile pic nya… ~Tau tak pe!~
Kalau nak tau, cuba buka! Kalau berminat, bolehlah juga add,  sebagai kawan apa salahnya, kaaan…?!

DSC01890_thumb[4] (1)Terkecok2 dipimpin Nurul…

Pagi tadi walaupun cuti persekolahan dah bermula, tapi Yana ada kelas tambahan…  Kerana sayang nak tinggalkan kelas, dengan kaki yang terkecok2, ma menghantarnya ke sekolah.
Tak taulah camane cara dia naik ke aras 3 kelasnya tu…

~Bagi sesesiapa yang belum tau, Yana sekarang ni meneruskan persekolahan di Tingkatan 6 Atas di Sek. Men. Keb. Tengku Bariah, lebih kurang selang beberapa meter aje dari rumah ma.
Ma tak keluarkan entry dia  meninggalkan Kolej MARA Kuala Nerang yang sempat dia duduk selama 10 hari aje tu, kerana agak terkilan dengan keputusannya ‘balik kampong'.  
Apa pun ma bersyukur kerana dia masih minat belajar, cuma belum mau berjauhan.~

DSC01891

Sedar ma snap gambarnya dari dalam kereta….   Terus cover line! Hahaha….

Wednesday, March 9, 2011

AGAK2 MYDIN GERAM TAK?

 

DSC01862Papan tanda iklan GIANT betul2 dihadapan sudut MYDIN MALL ~Mydin terbesar di Malaysia~

MELIHAT pada papan iklan gergasi milik GIANT ni, hati ma tertanya2…  ‘Macam tak ada tempat lain ke nak letak papan iklan…  selain dari melintas didepan bangunan Mydin Mall tu..’

~ kalaulah dia manusia sudah tentu dikata biadap ~

Padahal kedudukan GIANT hanyalah bersebelahan disebelah kanan Mydin Mall tu.
Pun letaknya sama2 didepan jalan besar jugak….

Tapi… dah namanya pun persaingan…! Dia peduli apa kalau Mydin geram pun, asalkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu kata okey!

Lagi pun disimpang menuju ke Jambatan Sultan Mahmud inilah, sudut yang paling cantik dan menarik!
~ Memang iya pun..! ~

 

DSC01863 Hampir2 menenggelamkan  nama MYDIN MALL!

DSC01864Tinggi sayup… berdiri dengan gahnya..!

Sebenarnya inilah dia papan tanda gergasi Giant tu…
Gambar ni disnap  antara laluan dalam kawasan Mydin.  
Laluan yang memuatkan jalan 2 hala, dan dikiri kanannya ada parkir kereta lagi…
Sebenarnya jaraknya  memang agak luas jugak…

Tapi…..

Bila duduknya nun diatas…. papantanda itu kelihatannya begitu strategik sekali, kan…?!

Sunday, March 6, 2011

SORI.. SAYA ter BZ BODY..

BERITA dari seorang kawan yang periang…

Umurnya lebih kurang sebaya dengan ma.
Suaminya berasal dari barat semenanjung.
Maka berhijrahlah kawan tu mengikut suami sekian lamanya.

Walaupun duduk jauh diperantauan, dia tetap kerap balik ke Terengganu, bersama2 suami dan anak2nya.

Sehinggalah beberapa tahun lamanya, setelah ramai anak2 dah berkahwin dan mempunyai ramai cucu… mereka sudah jarang2 balik. 
Jadi ma pun lamalah tak berjumpa dengannya… @ putus perkhabaran! 

Suatu hari ma ternampak dia datang ke rumah kakaknya, jiran terdekat ma…, lalu bertanya khabar.  Macam biasalah,  dia yang periang, menjawab dengan riuh… 
Sempat juga ma bertanya mengapa suaminya tak nampak bersama..
~Kebetulan ma memang baik jugak dengan suaminya yang peramah dan kelakar orangnya tu~

Sambil ketawa dia berkata: ‘Dia dah mati kan?’

Ma betul2 terkejut, sebab memang benar2 ma tak dapat berita tu.  Kalau ada pun takkan kakaknya sebagai jiran terdekat tak beritau sepatah?!

Berkali2 dia kata, suaminya dah mati.  Sambil2 tu,  dia ketawa…
Biar betul dia ni! 
~Aku taulah kau tu periang… kalau bercakap bersulam ketawa berderai2… takkan berita kematian suami pun nak cerita macam cerita kelakar pulak!~
Ma mengutuk dalam hati aje…

Dia terus berlalu…..

Melihat ma kebingungan, kakaknya yang menjadi jiran terdekat ma, keluar. Ini membuka peluang ma bertanya keadaan sebenar.
~Sori… Ma bukan bz body… Ma sebenarnya tak pandai pun mengorek rahsia orang. Tapi ma pelik dengan cara dia bercerita. Macam cerita komedi romantik  pulak!~

‘Betul ke? Sungguh ma tak tau kalau MZ dah meninggal! Bile tu?’

Bertalu2 ma bertanya….

‘Doook… (Taaaak…)’ jelas si kakak dalam ‘ayat’ Terengganu,  sedikit berbisik, tapi  ikhlas. 

Kan ke MZ  ‘nikoh’  (kawin) lain?!"’

‘Eeeh, ye ke? Dengan sape?’
~manalah tau kan…, kalau2 ma kenal…?!
Kot dengan artis mane2 ke…?!'~

~Dengan nada sinis~ …
Sape lagi… dengan orang Indonlah!’

 Ya Allaaaaah…!

~Sebenarnya.. Indon ke, Bangla ke, Malaysia ke, sama aje… Ada orang Indon tu dah 10 tahun kerja dengan anak saudara ma di Singapura ‘nun’, tak de pun buat kacau! 
Jangan2 ‘orang lelaki kita’  yang tak kuat iman tak?!~

Hmmm….. Tengok tu….
Ma bukan terkejut kalau suaminya berkahwin lain. Biasalah orang lelaki…,  kaaaaaaan! Asal dia nak!

Sebenarnya…  Jarang2 aje orang lelaki ni ‘taknak’ @ tak sukakan poligami  ….
Bukan kerana takut, tau!  Cuma tak berani aje..!! 
~off record nii, takut kena saman!~ Hihihi…

Dan lagi,  bukan tak ada orang lelaki..,  bila dah jadi duda maintain setia… tapi …  
JAGHANG2….

Yang sedihnya ….
Sampai macam tu sekali fikiran seorang isteri bila disakiti hati dan perasaannya….!

Aduuuiii…. tiba2 teringatkan arwah…!  
Senangnya jaga dia dulu…!

Friday, March 4, 2011

MEMERTABATKAN JAWI

KETIKA baru2 berhijrah ke Kuala Terengganu sekitar 1976 dulu… memang banyak terdapat papan2 tanda yang ditulis dalam tulisan jawi.
Sehinggakan kedai kopi milik orang China pun, ditulis dalam tulisan jawi.

Tapi sekarang sudah tidak kelihatan lagi….

Hanya baru2 ini ma rasa bangga bila sebuah pasaraya milik bumiputera memertabatkan tulisan jawi pada papantandanya.

DSC01810

                 Papan tanda dalam tulisan jawi…
        ~SABASUN 2.~
Dengan tagline ‘Harge muroh sokmo’...
Memang pun harganya setanding dengan pasaraya Mydin!