Monday, May 16, 2011

CERITA HAL CIKGU LAGI…

CIKGU DAUD GURU PERTAMA

MA masih ingat… Cikgu ma yang pertama
yang memperkenalkan huruf2 a b c dan
alif ba ta… ialah cikgu Daud

Kerana anaknya sekelas dengan ma
maka banyak jugaklah sebenarnya
gambar2 yang dirakamkan sebagai kenangan.

Sayangnya…
gambar masih ada, tapi scanner pulak
tak okey… 
Jadi… cerita tanpa gambar ajelah yeee..!?

 

CIKGU SALLEH ABBAS CIKGU DARJAH 2…

Style cikgu Salleh ketika mengajar
dia suka panggil kami ke depan
duduk dilantai…

Style 60an..
anak murid dok terlenggak memandang dia yang berdiri
sambil berjalan kesana sini…

Satu hari… agak lama tak berjumpa
dia masih ingatkan ma
tapi ma agak terkilan bila dia bercerita
ketika kami ramai2 duduk dilantai tu…
ma  menoreh kasutnya
yang selalu berkilat tu dengan pisau…

Eh, betul ke ma berani buat gitu??
Bila ma kata cikgu salah orangbukan saya, cikgu
dia tetap kata sambil ketawa… awaklah Kamariah!

Sebenarnya dia bukan marah pun
jadi rasanya tak payahlah nak bertekak lagi…

 

CIKGU LANI DAN CIKGU HASNAH…

Hem hem… ingat kitorang baru darjah 3 masa tu..
tak tau keeee?
Cikgu main2 cintan kan?

Tapi ma tak pasti
apakah mereka akhirnya bertemu jodoh ke tidak…
Hihihi…..

 

Bersambung……

2 comments:

rasp said...

eh eh Ma...
noti gak Ma ye kecik hehehehe...
kenangan terindah tu semua ma....

Dee said...

wow..hebat ingatan ma..dee dh lupa nama cikgu2 dee dulu..hihihi...