Sunday, January 1, 2012

LISA~BOTAK~NABILA…

AMBOI… Rasanya baru semalam ma buat entry pasal percutian ma…
Rupanya tahun lepas yer..?! Tahun 2011?
Memang iya pun….
Hari  ni kan tahun baru..? Tahun 2012…..

Apa agaknya azam tahun 2011 yang belum terlaksana atau tertunai?
Hmm? Berhenti merokok?
Tahun 2010 hari tu kan azam berhenti merokok?
2011 pun berhenti merokok jugak….
2012, berhenti merokok lagi?
Hahaha….. Jangan marah… ma cuma bergurau…!

Jom layan lagi gambar2 ma menghabiskan cuti ma di KL pulak.
Adik ma dari Singapura mengikut jugak ke KL sehari selepas ma sampai.

 

Kerana nak menunaikan hajat si Zulfan yang nak tengok sangat Tugu Negara
kami menumpang sekaki…

 

Selepas ziarah pusara mak di Seksyen 21 Shah Alam, kami ke Bukit Jelutung rumah abang,
terus shopping di PKNS….

…….melintas pulak Lisa Surihani…..
Penat lelah ma memanggil minta bergambar…. Hehehe….
”Ambil ramai2 boleh tak? Nak kejar masa ni…” katanya.
Tak jadilah Yana nak amek gambar berdua aje dengannya…

 

Malamnya….
Menunggu hidangan bubur air di Kampung Baru…
Feberet jugak tu….! Eh, banyaknya feberet tang makan ni!?

 

Selepas tu… SD bawa kami ronda2
ketika lalu didepan Istana Budaya ternampak banyak kereta bersusun2
Katanya pementasan Semerah Padi…..
Kerana masih ada lagi ruang2 parkir yang kosong….
Terus kami berhenti dan masuk ke Istana Budaya….

 

Tak dapat nak tengok pementasan Badai Semalam baru2 ni.
bergambar diposternya pun jadilah yeeerk…
~Tak sangkalah nak meronda2 sampai ke Istana Budaya… muka pun ala2 aje…~

 

Banyak jugak tempat2 yang ma posing ~cehwaaah!~
Nampak tangga besar tersergam ni pun nak posing jugak!
Yang tengah turun dari tangga disebelah kanan tu, kenal tak?

v

v

v

v

v

v

v

v

v

 

Yanaz Afkar

Si ‘Botak’ Johan Asari rupanya…..
Hmm.. dapatlah Yana bergambar berdua dengan artis ke’gila’annya ni,
sebab tak ada pesanan2 dari penaja rancangan….
 

 

Terkejut.., sebab tak perasankan Nabila Huda bersamanya.
Biarlah dilanda pelagai kontraversi, ikhlas ma katakan nampak baik orangnya.
Pandai mengambil hati……

 

Besoknya hari Selasa, cuti Krismas dah habis… SD masuk pejabat
Dia hantar kami ke Carefour Wangsa Maju.
Pandai2 sendirilah tu…, nak shopping keee… nak window shopping keee..

 

DSC03068

‘Ter’berkenan handbag sebiji….
Rupanya kedai A.AIDA bekas isteri Ameng Spring...
~Tak kira siapa kau, Ameng…. Ma memang minat lagu2 dan suaranya…~

 

DSC03067

Berbudi bahasa…. Baik budak ni…..
Anak bapak…..
Sebenarnya ma nak kata…. anak ni mewarisi wajah bapaknya… Betul tak?

Yana ketawa bagaikan nak apa….
’Mak ni nak jadi Mak Ngah ke?’
~Mak Ngah yang dipanggil tu adalah kakak sulong ma…
Kakak sulung ma tu peramah sangat orangnya…, lebih2 lagi
kalau berjumpa artis, tak malu2 tak segan2 menegur….~

“Alah, kau bergambar dengan Johan tu, mak jugak yang tukang memanggil
Lepas tu nak kata mak nak jadi Mak Ngah pulak…
Eh, tak adalah….
Tapi mak nak jadi LEBIH DARI Mak Ngah!” Hihihi….

15 comments:

wida said...

oo..yana yg nak bergmbr, ma jugak jd tukang panggil yer.

betul lah rupa2nya gosip si botak tu keluar dgn nabila. ni kalau blog gosip jumpa gmbr kt blog ma ni..mesti jadi bahan cerita..hehe

gmbr2 kat blog ma ni pon x de watermark..senang2 je org amik ma.

Kamariah Awang said...

@Wida: Heehee... Ma tak pandai nak buat watermark tu, Wida..

Acik Erna said...

Assalama kamariah..
meriahnya cuti2 malaysia Ma bersama keluarga.
siap dapat berjumpa artis2 lagi..tentu seronok kan..

Wahidah said...

wah lisa la...suke2...

selamat tahun baru ma

Mak Izz said...

wakakakak... ma nk lebih dr mak ngah ye. kelessssss! amboi ma, sesekali turun KL abis dpt jumpa bbrp org artis ye. ngetop2 belaka lak tu. dlm tv si johan nmpk mcm rendah, tp bila bergambar dgn ma & famili nampak tinggi pulak dia (dan kacak of course).

yelah, anak ameng dan a.aida tu sungguh rupa bapak dia. a.aida tu rajin biz, bkn ckp kosong je. dh ada collection beg sendiri gitu! sy mmg org KL ni pn br sekali ke tugu negara dan br sekali ke Wangsa Walk. ntah bila lg nk ke sana.

nk jmp artis gakkkkkk :)

Zaitun said...

Salam ma...seronok kan kalau jumpa artis yang tak sombong.

Selamat menyambut tahun baru.

Granny Hani said...

seronok nya dia...shopping dan bercuti tu terapi minda..have fun dear sis.

Kamariah Awang said...

@ACIK ERNA: Memang seronok sangat2, acik. Dah lama ma tak balik... Last sekali april lepas.

Kamariah Awang said...

@WAHIDAH : Iye ke, peminat Lisa? ma sempat ucap takziah dia nak kawin yusri tu.... Hehe.. okey gak orangnya, manis lembut,cantiiik!
Selamat Tahun Baru, Wahidah. Apa azam tahun 2012 ni agaknya?

Kamariah Awang said...

@MAK IZZ : Iyer... mesti LEBIH dari Mak Ngah! hahaha...
Jangan terpedaya, Uji... Johan yang cam rendah di tv ke atau ma yang tak berapa tinggi?
Wangsa Walk ke? Ma pun dah keliru. Mula tu memang ke Carefour, lepas tu ke Wangsa Walk... Sori salah info.

Kamariah Awang said...

@ZAITUN : Zai, kalau jumpa artis, dia buat sombong, kita tinggalkan dia kat situ jugak! Haahaahaa...

Kamariah Awang said...

@hani@debumelukut : Terapi minda? ya, dah penat2 kerja, kena cuti sesekali yer cikgu...

Kamariah Awang said...

@WAHIDAH : Pembetulan, Wahidah... Apa kenanya ma nak ucap takziah tu pada Lisa... Tahniahlah sebenarnya...! Hehehe...

lily lotus said...

lisa! cute sangat diakan

Kamariah Awang said...

@lily lotus : Apa khabar Lily... Memang lisa sangat2 cute!