Thursday, February 2, 2012

MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI

HAMPIR sebulan berlalu… yer ke sebulan? tah2 dah masuk 2 bulan?!
tapi ma tak sempat lagi nak komen
jadi… izinkan ma ‘mengomen’ walaupun isu ni agak dah suam2 kuku
asal tak beku atau basi lagi, okeylah tu, kaaaaan?

Kali ni bab ‘OMBAK RINDU’
Filem yang diadaptasi dari karya novelis Fauziah Ashari….

 

DSC03153

Tak sangka pulak novel ini ada dalam perpustakaan ma
Sekaligus terlepas dari bencana anai2 tempohari…. imbas DISINI

Apa yang nak ma katakan ialah tentang…
Kutipan 11juta dipawagam hasil dari novel ini difilemkan.
~itu angka terakhir yang ma ketahui, kalau bertambah lagi, alhamdulillah~

Tapi….. berapakah yang penulisnya dapat dari keuntungan itu?
Dengar2nya ada rungutan tak puas hati dari pehak penulis
Masa sign kontraknya dulu, camane yerk?
Biasanya penulis akan teruja yang teramat apabila karyanya diangkat
Tanpa memikirkan keuntungan atau kerugian
Yang pasti tentu perasaan terharu dan bangga kerana karyanya
mendapat pengiktirafan…

Apa pun ma harapkan yang terbaik untuk penulis nya
Mungkin ada kelemahan ketika sign kontraknya
Mudah2an dipehak penerbitnya mempertimbangkan
Tidaklah mengaut keuntungan sendiri…
Kena fikirkan jugak….

~Penerbit….. hanya menerbitkan hasil yang sudah SEDIA ADA
Tapi penulis…. bermula dengan kosong
benda yang belum ada, DIADAKAN
sehingga terhasil sebuah karya yang besar….~
 

Apapun, Fauziah masih beruntung
penerbit mengadaptasi karyanya secara ‘bermaruah’.

Tidak seperti nasib novel HARTINI…..
~bagi sesiapa yang belum tau~
imbas DISINI

Dari hidupnya sampai kematinya
sehingga kepada kami waris2 yang ada ni
tak mendapat sesen pun akibat berbuatan ciplak@ROMPAK ini
Tapi takpe….. kami dah tak ada daya dan upaya lagi untuk menuntutnya.

Hutang tetap hutang…
Kepada sesiapa yang berhutang,
Tidak didunia, diakhirat kena selesaikan.

Dahlah tangan dibelenggu
Segala amalan dan kebajikan yang dilakukan
akan pergi kepada orang yang kamu  berhutang…
jadi… buatlah pahala banyak2….
…yeeeerrrr…!

3 comments:

wida said...

ma punyak novel ombak rindu tu cetakan pertama yer..nmpk dah lama..tersimpan elok lagi yer.

MulutPayau said...

Ma,saya pun ada novel kaler ungu tu..nasib baik okey lagi...Tapi saya tak berminat nak tengok filem OR..hnya baca novel jer...

Zaitun said...

Saya pun dah lama ada novel tu,dek kerana teringin nak tengok masuklah juga ke panggung.