Wednesday, May 2, 2012

ADUHAI…, KAWANKU YANG SORANG NI…..

“SALAM… Nak wat part time? Part time ni senang aje… bukan macam
part time yang biase… waktu keje ble2 ske…tmpt keje pun ikut ske…
pakaian pun ikut ske… waktu keje, sejam boleh, 2  jam boley…
berapa jam pun boley… part time dengan kementerian plajaran…
gaji starting rm300-rm500 smggu… keje sgt sng.. kalo minat, kne g
kursus, kebanyakannye lulus…”

Begitulah 1 sms yang ma terima tatkala ma buntu untuk meneruskan
1 kerja yang dikatakan sangat senang itu…
Kata sipengirimnya macam tu punya sms pun ramai yang  tertarik.
Kalau kita  menghantar sms tu kepada prospek akan dapat respond positif….

Ma tau, dia berhasrat untuk menolong.
Menolong untuk mendapatkan rangkaian.
Tapi rasanya tak sampai hatilah ma nak kirimkan sms tu pada sesiapa pun
walaupun kepada seorang kawan yang baru kenal…
Sebab ma rasa sms tersebut lebih bersifat ‘nak mengena @ dajalkan orang’…
Minta maaflah, tak maulah kata nak menipu ke happa…..

BARU2 NI, setelah lebih 2 tahun ma dah tak daya nak teruskan,
ma surrender …. ma berterus terang padanya
harap2 adalah sikit simpatinya pada orang yang tak balik modal ni
Dia jutawan, dah memang rezeki dia tak kesahlah.

Jadi…, sebahagian dari produk tu ada yang ma dah jual
walaupun dengan harga murah, tapi selebihnya memang ada banyak lagi…

Kalau produk tu jenis kesihatan atau kecantikan, okey jugak
boleh ma guna sendiri…
sihat dan cantiklah aku bila pekena produk ni.. huhu…

Tapi produk ni produk pendidikan, latih tubi dalam internet
walaupun ianya memang sangat bagus, ~ma puji ikhlas~
Tapi kesesuaian dengan ma memang tak ada langsung
sebab ma tak ada anak yang masih bersekolah untuk diguna…
Hahaha… Ketawakan diriku sendiri…
kesiannya aku kerana tamak dalam niaga ni
Produk tak boleh diguna sendiri pun aku masuk pekej yang mahal…!
Tak sabar sangat nak jadi jutawanlah tew!!!

Tak apa… ~berfikiran waras~
ma masih ada cucu yang bersekolah…..
Bolehlah bagi mereka pakai….! Memujuk hati sendiri…

Oleh kerana produk ni perlukan pendaftaran secara sah
maka dia tidak boleh dilakukan dengan sewenang2nya
ma harap berilah ma jalan keluar, supaya ma tak terus rugi.

Jadi, untuk berlaku adil kepada cucu2 ma yang berlainan bapa tu…,
ma tanya sipengirim sms tu, kalau2 ada cara
camane ma boleh guna untuk sekurang2nya 2 cucu ma
supaya sekeping kad itu boleh berlaku dalamasa serentak,
sebagaimana berlaku kepada anak2 yang dibawah satu bin atau binti.

Tapi tau apa yang dijawabnya?
~ma copy sebahagian dari mesej inbox dalam fbnya~

=Kalau macam tu seluruh malaysia akak yang jaga...
boleh ler company tutu cepat buat macam ni...
reg macam biasa jer..mak ayah dia org masih hidup kan?=

Ma jawab balik… kalau2 ada caranya…
untuk ma boleh gunakan.. umpamanya
ma sebagai penjaga kepada cucu2 yang berlainan bapa tu…
boleh tak di gunakan sebagaimana taraf ibubapa angkat misalnya….

Yang ni dia jawab lebih menyengat.

=….. bg saya nk bagi ilmu pd generasi kita buatlah ikut saluran yg betul..
ini soal ilmu... bila buat tipu2 kn dah jadi sumber haram untuk darah daging kita.
maaf jika bahasa sy kasar..sbb kadang2 kita lupa
apa yg kita buat itu salah dan sy cuma mngingatkn shj=

SESUNGGUHNYA perkataan ‘tipu2’ agak menyakitkan sikit
untuk ma terima pakai.
Tapi apa nak buat… ma ‘berada’ dilaman dia..
Rasa macam nak naik hangin…..  jadi…,
biarlah ma naik hangin kat laman ma sendiri nii…

Teringat mesej yang dia suruh ma hantar kepada clien tu seperti yang ma
highlight diatas……

Ma simpan lagi mesej tu sekian lama untuk menilai
kalau  boleh ma gunapakai ‘tunjuk ajarnya’ itu untuk
mendapatkan rangkaian baru dibawah ma.
Malangnya sekian lama, sampai sekarang ma masih was2
Apa yang ma nampak, cuma nak dajalkan orang aje..
Tipu dengan dajalkan orang, ma rasa sama aje, tak ada bezanya!

Apatah lagi nak mengaku kerja tu dengan kementerian pelajaran pulak tu….
gaji starting rm300-rm500 seminggu…?!

SINI ma nak cerita… Mari dekat sikit….

Ada pada satu majlis tu, masing2 peserta ditanya,
berapa angka yang kita nak dalam sebulan kalau buat kerja ni?
Ada yang sebut 20k sebulan….
Impikan kereta import… honda…, merc… blablabla…

Bila ditanya pada ma
ma jawab jujur aje…..
~bukanlah nak mengaku ma ni jujur sangat ke happa…
tapi memang jawapan ikhlas dari hati ma~

Ma kata…. saya nak rm2 ribu sebulan pun jadilah…..
~ma rasa dengan rm2000 dah cukup selesa sebagai orang
veteren macam ma ni. Apalah sangat kehendak kita dah usia2 begini..?!~

Bila dengar jawapan ma
Habbis semua orang dalam majlis tu ketawakan ma.
Siap dengan penceramah yang mengaku jutawan tu pun hentam teruk ma.
Katanya setakat 2 ribu tu, tak payahlah nak jadikan impian…
Kitorang dalam produk “dotdotdot“ ni tak ada yang berangan
nak dapat cuma 2 ribu tu…

Kitaorang semua nak jadi jutawan….!
Jutawan “dotdotdot”!!

Ketika tu, Tuhan aje yang tau….
berapa punya malunya ma…
sedih diketawakan kerana bercakap jujur!
Sibbaik ma masih waras, ingat diri ni dalam  majlis orang….
tak kuasa nak berbalah!

Sebenarnya ayat tu belum habis lagi…
Apa kata kalau ma  habiskan ayat tu, bunyinya begini….

‘Masaalahnya… jangan kata 2 ribu, 200 ratus sebulan pun saya tak dapat!
200? banyak tu.., 20 ringgit sebulan pun nehi..!’~

~Haaa cakap Hindustan ma… Tau tak? Keh3….~

Ma masuk menjadi ahli dengan hasil titik peluh ma sendiri
nasibbaik tak berhutang dengan sesiapa…
Tapi alhamdulillah, ribuan ringgit yang ma laburkan tu
dah dapat ma gantikan semula secara perlahan2
hasil dari niaga yang ma lakukan sekarang ni..
Perniagaan yang pernah ma niat untuk berhenti
dan fokus pada produk tu.

~Dan baru2 ni … bukan nak takbur atau riak.. dijauhkan Allah                   
akhirnya ma dapat jugak beli sebuah kereta sepertimana impian ma
ketika bermain dengan produk tu dulu…., 
walaupun bukan honda atau merc, kata orang…,
tapi tetap syukur alhamdulillah……hasil niaga kecil2an tulah.!~

Jauh disudut hati ma, sikitpun ma tak menyesal ma gagal
Ma mengaku ma gagal kerana kelemahan sendiri
Jauh sekali nak menyalah2kan orang diatas tu
mereka memang sedia membantu,
cuma kita tidak sebijak mereka…..

~Harap2 nak jadi jutawan, nak bayar zakat bantu fakir miskin…
Harap2 tertiarap, rupanya…. Keh3…~

Inilah ceritanya….
Ingatkan dapatlah simpati
Rupanya tidak….
Boleh pulak dikatanya……kita nak buat cara yang haram untuk darah daging sendiri?

Kalaulah ma sebagai ibubapa angkat yang mengambil anak2 angkat
yang berlainan bin atau binti…..?
Takkanlah nak guna 1 portal untuk 1 anak?
1 portal harganya hampir rm300. Kalau 2 anak… dah rm600!!!!????

Jadi, fikir2kanlah, wahai kawanku yang sorang tu….
Dan Selamat Beramal!

1 comment:

lily lotus said...

complicated jugak kes aunty ni, harap ada yg sudi membantu